Kamis, 22 Desember 2011

Apakah Laptop Terbaru Acer Tahun 2011


gambar laptop acer iconia

laptop acer iconia

Salam dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian, pada entri ini saya ingin berkongsi satu maklumat tentang Laptop Terbaru dari Acer tahun 2011, yang mana boleh dikatakan canggih serta menarik juga dari yang biasa dikeluarkan oleh Acer. Ia sebanarnya sudah berada dipasaran pada awal tahun ini diseluruh dunia. Satu perkembangan yang bagus juga kerana Acer sudah sinonim dengan status termurah dipasaran berbanding jenama lain, namun kualitinya tak ingin saya persoalkan disini.

Apakah laptop terbaru dari acer tahun 2011? Gadget yang saya maksudkan adalah LaptopTerbaru dari Acer tahun 2011 ialah Laptop Acer ICONIA. Tentu anda sudah membaca atau mendengar tentang Laptop ICONIA. Setakat ini saya menyukai laptop ini >Laptop Apple ini. Dari segi bentuk dan Spesifikasi rasanya ia adalah terbaik dari keluaran acer sebelum ini. Mungkin mengikuti perkembangan terkini dan cuba bersaing dengan pesaing yang lain seperti DELL, COMPAQ dan sebagainya.

Bandingkan Laptop Apple Thunderbolt

acer iconia laptop

gambar laptop acer iconia

Apakah Kelebihan Laptop Acer Iconia? Ciri utama laptop Acer ICONIA adalah penggunaan Dual Layar Touch Screen. Ini bermakna anda boleh menggunakan kedua-dua layar sebagai keyboard ataupun skrin. Satu lagi cirinya yang menarik ia mempunyai navigation tools yang berada dilayar touch screen. Navigation Tools ini memboleh anda membuka gambar atau video dan sebagainya disini. Dari segi design pula ia seperti laptop biasa kita lihat tapi ia didatangkan dengan fungsi multi touch, kemas dan juga ringan.

Dari segi Hardware pula laptop Acer ICONIA ini didatangkan dengan processor terbaru dikeluarkan Tahun lepas iaitu Core-i5, DDR3 RAM, fungsi touch screen 14 inch HD LED dan layar ini juga dilindungi oleh Gorilla Glass untuk meggelakkan kesan calar layar skrin. Hardware lain seperti Wifi, Bluetooth 3.0, 3G support dan pelbagai lagi.

Lihat juga Software Jaringan Laman Sosial

Dengan kerjasama dengan Microsoft juga Acer serta menggunakan Window 7 sebagai platform, ia menyediakan apa yang disebut “Ring Control Interface” yangmana anda mudah melakukan login laman web terpilih anda seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Acer Iconia ini juga dikeluarkan dalam bentuk Tablet untuk bersaing dalam pasaran Tablet seperti Ipad2 dan sebagainya dari pengeluar lain. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Acer.



Lihat sumber asli

Tidak ada komentar:

Posting Komentar